Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas segala nikmat yang
telah dikurniakan sehingga kini dan mengizinkan diri ini agar terus mencari
keredhaanNya di dunia dan akhirat..Insya Allah..
Semakin diri ini ingin mendekati jalan yang benar,semakin
terasa ujian yang menyapa sepanjang ‘perjalanan’. Diri ini sentiasa mengingatkan
hati ini bahawasanya 'perjalanan' menujuNya akan dipenuhi dengan ujian dan akhirnya
akan menemui kebahagian di dunia dan akhirat..Amin ya Rabb..Kerap jua air mate
menjadi meneman di dalam ‘perjalanan’ dan yang kita tak nampak bahawasanya
Allah adalah yang paling setia bersama kita dalam ‘perjalanan’ yang sedang kite
lalui..
Allah tempat kite mengadu
dan menangis dan cari la sahabat yang
boleh kite percayai untuk meluahkan perasaan yang terkandung.. Mengadulah padaNya , serahkanlah segala-galanya
padaNya, setiap kedukaan itu pasti ada kebahagiaan,setiap ujian itu pasti ada
kemanisan dan yang utama, setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah,,hadapila
semua dugaan dan ujian yang sedang dan akan melanda sepanjang ‘perjalanan’ ini dengan sabar dan
ikhlas hanya kerana Allah.....insya Allah..Amin Ya Rabb..
* walau siapa pun kita di masa lalu, itu tidak bermakna kita
tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg
baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa
keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah.
* Aku cuma seorang
gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang
muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang
seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya.
*tegurla diri ini,
apabila kelihatan diri ini tergelincir dari landasanNya. Apa yang baik itu datangnya
dari Allah, jika yang buruk itu datangnya dari diri sendiri..
* insya Allah dengan
ujian dan dugaan yang kite tempuh dalam sepanjang ‘perjalanan’ ini, kite
semakin dekat menuju keredhaanNya..
*Alhamdulillah last
week Iqa dapat ketemu dgn ukhti, dpt perkongsi cerita dan ilmu..thanz a lot
ilmu nye ya ukhti..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment